- CTF ialah satu tabung bernilai RM8 juta yang ditubuhkan oleh industri insurans dan takaful bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan lebih banyak ujian saringan COVID-19.
- Tabung ini akan menyalurkan pembayaran balik tunai tetap sehingga RM300 untuk kos ujian saringan COVID-19, bagi individu yang dilindungi di bawah polisi insurans/ sijil takaful perubatan individu atau kelompok.
- Produk-produk Insurans /Takaful Perubatan dan Kesihatan yang layak untuk pulangan balik RM300 dari Tabung Saringan COVID-19 adalah termasuk di bawah produk-produk yang ditakrifkan di bawah Garis panduan Insurans/ Takaful Perubatan dan Kesihatan oleh Bank Negara Malaysia.
- Ini termasuk pelan perbelanjaan perubatan, pelan hospital dan pembedahan, pelan pendapatan hospital, pelan penyakit kritikal/pelan penyakit yang amat ditakuti dan pelan-pelan insurans/ Takaful lain yang memberi manfaat yang sama. Hanya pelan dengan tempoh polisi / sijil lebih daripada atau sama dengan 12 bulan layak untuk tabung CTF tanpa mengambil kira mod bayaran premium / sumbangan.
- Tabung Saringan COVID-19 hanya untuk warganegara Malaysia dan bukan warganegara yang menetap di Malaysia. Walau bagaimanapun, CTF tidak meliputi Skim Hospitalisasi Pekerja Asing.
CTF hanya boleh diguna pakai bagi pemegang polisi insurans dan sijil takaful di bawah pelan insurans / takaful perubatan individu atau kelompok*, yang telah dirujuk oleh doktor yang berdaftar untuk ujian saringan COVID-19 di makmal swasta yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan di laman web COVID-19 KKM.
* untuk kelompok pekerja sahaja, tidak termasuk tanggungan
Bagi polisi/sijil pihak ketiga, hanya tertakluk kepada orang yang dijamin/orang yang diinsuranskan/orang yang dilindungi.
Polisi insurans / sijil takaful anda mestilah masih berkuatkuasa pada 27 Mac 2020 dan pada masa ujian saringan COVID-19 dilakukan.
CTF hanya akan membayar jumlah maksimum RM300 kepada setiap individu tanpa mengira jumlah ujian saringan COVID-19 yang telah diambil. Anda hanya boleh membuat satu kali tuntutan dari tabung CTF walaupun anda mempunyai lebih dari satu polisi insurans / sijil takaful perubatan.
Anda boleh membuat tuntutan untuk ujian Covid-19 di bawah CTF sekiranya anda telah berjumpa doktor yang berdaftar dengan Majlis Perubatan Malaysia, yang merujuk anda untuk melakukan ujian DAN anda telah memenuhi dengan salah satu syarat di bawah:
* Hubungan rapat ditakrifkan sebagai:
**Kes sah COVID-19 ditakrifkan sebagai seorang yang telah mendapat pengesahan makmal mempunyai jangkitan COVID-19.
Untuk semua syarat yang disenaraikan dari A) hingga E), rujukan doctor diperlukan.
Nota: CTF tidak akan mengambil kira ujian Pandu Lalu yang disediakan oleh sebahagian makmal / hospital swasta.
-
Jangkitan pernafasan akut (serangan tiba-tiba bagi jangkitan pernafasan dengan salah satu: kesesakan bernafas, batuk atau sakit tekak) dengan demam atau tidak ATAU
-
-
Dianggap sebagai Orang yang Disiasat (PUI) seperti ditakrifkan oleh KKM (versi yang terbaru seperti di bawah), ATAU
-
Mempunyai hubungan dengan kes positif COVID-19 (takrifan KKM seperti di bawah). Takrifan kes Orang yang Disiasat (PUI) dikeluarkan oleh KKM, dikemaskini pada 25 Mac 2020 Annex 1 di Garis panduan COVID-19 KKM dikemaskini dari semasa ke semasa: ATAU
-
-
Ada sejarah perjalanan ke / menetap di luar negara dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit ATAU
-
Hubungan rapat* dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit dengan kes sah COVID-19** ATAU
-
Menghadiri majlis umum yang dikaitkan dengan wabak COVID-19.
-
Petugas kesihatan berkaitan yang terdedah tanpa Kelengkapan Perlindungan Peribadi yang lengkap (termasuk memberikan rawatan terus untuk pesakit COVID-19, bekerja dengan pekerja penjagaan kesihatan yang dijangkiti COVID-19, melawat pesakit or menetap bersama pesakit COVID-19 di persekitaran tertutup).
-
Bekerja bersama dalam jarak dekat atau berkongsi persekitaran yang sama dengan pesakit COVID-19.
-
Pernah berada dalam perjalanan bersama denga pesakit COVID-19 di dalam apa jenis kenderaan/pengangkutan.
-
Menetap di rumah yang sama dengan pesakit COVID-19.
-
Ya, anda layak membuat tuntutan dari CTF tanpa mengambil kira keputusan ujian saringan
Tabung CTF adalah dikhaskan untuk ujian saringan COVID-19. Jika anda memerlukan rawatan lanjut, anda boleh menghubungi syarikat insurans / pengendali takaful anda untuk mengetahui lebih lanjut sama ada rawatan tersebut dilindungi di bawah polisi insurans / sijil takaful anda.
Ya, anda boleh membuat tuntutan daripada CTF bagi ujian saringan yang dilakukan di rumah, dengan syarat anda dirujuk untuk mengambil ujian saringan oleh doktor, memenuhi kriteria yang ditetapkan dan saringan dibuat oleh makmal yang disahkan oleh Kementerian Kesihatan. Pada masa ini, Doctor2U dan DoctorOnCall adalah termasuk dalam senarai yang diluluskan untuk pembayaran balik untuk saringan yang dilakukan dirumah dengan mengambirakira kriteria tuntutan dipenuhi.
Tidak. Anda wajib berjumpa dengan doktor berdaftar, dan membuat ujian saringan di atas saranan atau arahan dari doktor berkenaan setelah menepati kriteria yang ditetapkan.
CTF dibuka bagi ujian saringan yang dibuat bermula dari 27 Mac 2020, berdasarkan tuntutan yang dibuat terlebih dahulu. Sekiranya dana RM 8 juta telah habis, tabung ini akan dihentikan.
Anda boleh pergi ke mana-masa doktor berdaftar di klinik atau hospital kerajaan atau swasta, dan jika anda menepati kriteria yang ditetapkan serta dinasihatkan oleh doktor yang berdaftar untuk membuat ujian saringan, sampel ujian akan diambil serta-merta pada waktu itu. Sila ambil maklum bahawa pada masa ini hanya saringan PCR COVID-19 (Polymerase Chain Reaction) diterima seperti makmal yang diiktiraf oleh KKM. Kit Ujian Pantas tidak akan diterima.
Ataupun, anda akan diarahkan untuk pergi ke mana-mana makmal yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di laman web mereka.
Tidak. Anda tidak layak membuat tuntutan RM300 jika anda menjalani ujian saringan secara percuma.
Tidak. CTF tidak mengambil kira ujian saringan bagi pembedahan atau kemasukan ke hospital.