MUAT TURUN BORANG
EN / BM

TABUNG SARINGAN COVID-19

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah menubuhkan Tabung Ujian COVID-19 (CTF) bagi menyokong usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengendalikan lebih banyak ujian saringan COVID-19 untuk manfaat pemegang polisi insurans dan sijil takaful perubatan.

Pemegang-pemegang polisi insurans dan sijil takaful perubatan boleh memohon untuk pulangan balik sehingga RM300 untuk ujian saringan COVID-19 (satu pulangan balik bagi setiap individu) bagi memaksimumkan bilangan ujian yang boleh diberi oleh CTF.

Syarat-syarat & Kelayakan

 

  • Pemegang-pemegang polisi insurans dan sijil takaful di bawah pelan insurans / takaful perubatan individu atau kelompok*, yang telah dirujuk oleh doktor yang berdaftar untuk melakukan ujian saringan COVID-19 di makmal swasta yang diperakui/diiktiraf dan disenaraikan di laman web COVID-19 KKM.
  • Mereka yang layak dirujuk/ menjalani ujian adalah dianggap sebagai Orang yang Disiasat (PUI) seperti yang ditakrifkan oleh KKM atau mempunyai hubungan dengan kes positif.
  • Takrifan Kes PUI
    • Mempunyai jangkitan pernafasan akut (serangan tiba-tiba bagi jangkitan pernafasan dengan salah satu: kesesakan bernafas, batuk atau sakit tekak) dengan atau tanpa demam DAN
    • Ada sejarah perjalanan ke / menetap di luar negara dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit ATAU
    • Hubungan rapat* dalam masa 14 hari sebelum bermulanya sakit dengan kes sah COVID-19 ATAU
    • Menghadiri majlis umum yang dikaitkan dengan wabak COVID-19.
  • CTF dibuka bagi ujian saringan yang dibuat bermula dari 27 Mac 2020 dan selanjutnya. Polisi insurans / sijil takaful mestilah masih berkuatkuasa pada 27 Mac 2020 dan pada masa ujian saringan COVID-19 dilakukan.

 

Untuk maklumat lanjut sila rujuk Soalan Lazim (FAQ).

Permohonan

Untuk memohon CTF, anda perlu membuat tuntutan melalui portal CTF di www.myCTF.my dengan melengkapkan borang dalam talian dan mengemukakan borang-borang sokongan.

Berikut adalah borang-borang yang diperlukan untuk membuat tuntutan:

  1. Pengesahan dari Doktor melalui borang yang boleh dimuat turun dari www.MyCTF.my (Download Claims Form) / (Muat Turun Borang Tuntutan) , ATAU

     

    Salinan surat rujukan doktor / Nota Nasihat Perubatan bagi saringan yang dilakukan dirumah melalui perkhidmatan DoctorOnCall atau Doctor2U yang menyatakan bahawa anda perlu melakukan ujian saringan COVID-19 ATAU

    Borang Perintah Untuk Pengawasan Dan Pemerhatian Di Rumah Kediaman (Seperti Lampiran 14b Garispanduan Pengurusan COVID-19 di Malaysia No.05/2020 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia). Tekan sini untuk melihat contoh.

  2. Resit pembayaran ujian COVID-19
  3. Kad pengenalan (depan & belakang)

Nota:

  • Semua dokumen perlu dimuatnaik ke dalam portal dengan menggunakan salinan imbas atau gambar imej. Sila pastikan dokumen yang dimuatnaik adalah jelas.
  • Hanya 1 permohonan yang dibenarkan bagi setiap pemegang polisi insurans dan sijil takaful.

Jika anda mempunyai sebarang soalan, sila
hubungi kami di 1-300-22-1188 atau 15-500